Kata Hikmah

Kata Hikmah

Monday 25 November 2013

WaNiTa , SyUrGa atau NeRaKa. ?

Assalamualaikum. .

Alhamdulillah, syukur kerana masih di beri peluang untuk menebus dosa-dosa semalam. .  Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. . 

"Kita di hidupkan hari ini bukan untuk menyambung MAKSIAT SEMALAM,
Melainkan untuk kembali mencari PENGAMPUNAN ALLAH. . "

NERAKA itu SENGSARA
SYURGA itu BAHAGIA. .

WANITA senang MASUK SYURGA
TAPI ramai di NERAKA. .

Sebab apa kaum saya nie, banyak ke NERAKA. ? Nak taw sebab nya. ? Jom kita bace bersama-sama ea. . Harap ianya bermanfaat untuk di kongsikan. . Saya taw, ramai yang dah taw apa sebabnya. . tapi tak apa. . Saya tetap nak conteng papan purple nie. . hehehe :D

Hah ini sebab2 nya :

# Aurat tidak ditutup. .
# Maruah tak dijaga. .
# Suami di derhaka. .
# Solat ditinggalkan. .
# Puasa diendahkan dengan sengaja. .

Muslimah yang disayangi, jangan kau merendahkan harga dirimu hanya kerana ingin mengejar nikmat dunia yang tidak seberapa ini. . Bangunlah wahai muslimah yang sejati. . !

# Tutuplah auratmu. .
# Jagalah maruahmu. .
# Taatlah kepada suamimu. .
# Dirikanlah solat. .
# Berpuasalah. .

Muslimah,
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. .
Solatlah walaupun keadaan terpaksa. .
Puasalah walaupun keadaan terpaksa. .
Kerana, kadang kala kewajiban itu sifatnya terpaksa. .
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan akan menemukan kita hikmah 
dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya. .
Jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadat,
sehingga bila mahu menunggu. ? ?
Hidayah harus dicari, bukan hanya menunggu. . Insya-ALLAH. .

Ia ibarat makanan, jika tidak disuap,
manakan ia masukk ke mulut. . 

Tak apalah ukhti, walaupun tidak berniqab, asalkan aurat yang wajib ditutup terpelihara dengan baik. .
Itu sudah mencukupi. . Wallahua'alam , Inysa-ALLAH. .





Jika di tanya, siapa yang mahu masukk ke syurga , 
Pasti semua akan mengangkat tangan. .
Tetapi bolehkah jika hanya dengan mengangkat tangan. ? ?


Friday 11 October 2013

Rasulullah Menangis di Padang Masyar. .

Assalamualaikum. . 

Hi Sahabat Bloger. . ! Ape habaq semua nye. ? Moge sehat selalu yaaa. . 
Jom kite berselawat kejap. . Mengingati Rasulullah. . :D

"ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD"
"ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD"
"ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD"

Hari ini hari Jumaat, penghulu bagi segala hari. . Nabi saw menggalakkan kita memperbanyakkan berselawat apabila bertemu dengan hari jumaat. . 
Seperti hadis dari Anas, kata Nabi saw : "Perbanyakkanlah oleh kamu selawat pada hari Jumaat dan Malam Jumaat. . "  (Hadis Hasan, Riwayat Imam Baihaqi, 3/249)

Cintailah Rasulullah, kerana Baginda sangat menyayangi kita. .
Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda : "Orang pertama di bangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. . Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. . Israfil datang membawa bendera dan mahkota. . Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga. .

Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. . Maka, kubur terbelah dua. . Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. . Pada seruan ketiga, Ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan & kiri. . Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. . Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. .

Baginda SAW bersabda : "Kekasihku Jibril ! Gembirakanlah aku. !"
Jibril as berkata : "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"
Baginda SAW bersabda : " Bukan seperti itu pertanyaanku."
Jibril as berkata : "Apakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpajak di atasmu?"
Baginda SAW bersabda : "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku betanya kepadamu akan UMATKU. Di mana perjanjian mereka?"
Baginda SAW bersabda : "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan syafaatkan UMATKU."
Jibril as menyeru : "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. . Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa 1 umat, baginda SAW akan bertanya : "Di mana UMATKU?"
Jibril as berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila Nabi Isa as datang , Jibril as menyeru : "Tempatmu !" Maka Nabi Isa & Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata : "Mengapa kamu berdua menangis."
Jibril as berkata : "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya : "Di mana UMATKU?"
Jibril as berkata : "Mereka semua telah datang. . Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya : "Wahai Jibril ! Bagaimana keadaan UMATKU yang berbuat dosa?"
Jibril as berkata : "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW !"
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di belakang mereka sambil menyeru : "Wahai Muhammad !"
Nabi Muhammad SAW bersabda : "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. . Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi : "Di mana umat Muhammad SAW?" 
Jibril as berkata : "Mereka adalah sebaik umat."
Allah Taala berfirman : "Wahai Jibril ! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata : "Wahai Muhammad ! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata : :Sesungguhnya kamu telah dipaggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."
Allah Taala berfirman : "Hari ini , kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. . Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. . Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. ." 
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. . Nabi Muhammad SAW menyeru : "Tuhanku. . Penguasaku Penghuluku. . ! Aku tidak meminta untuk diriku. . Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMu !" 
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru : "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru : "Wahai Tuhanku. . Penguasaku dan Penghuluku ! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya ! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku ! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. . Meraka tidak akan sabar dengan penyeksaan. ."
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. . Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. . Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi UMATNYA. . Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. . 
Meraka berkata : "Maha Suci Allah ! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat keadaan umatnya. . 
Fatimah ra. bertanya : "Di mana aku hendak mendapatkanMu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"
Baginda SAW menjawab : "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum UMATKU. ." Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. . Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata : Ini umat Nabi Muhammad SAW. . Mereka telah sesat dari Nabi mereka. ." Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW. . Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad SAW. . "Ini umatmu, wahai Muhammad ! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala. ." 
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda : "Marilah kepadaku, wahai UMATKU ! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. . Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu. . ! " Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. . Ketika di sirat, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik : "Wahai Malik ! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi ! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu. ." Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. . Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. . 
Nabi Muhammad SAW berkata : "Tuhan ! Selamatkan mereka ! Tuhan ! Selamatkan mereka !

# Sayangnya Nabi kepada kita. . 

Monday 2 September 2013

PeRaSaN TaK. ?

Assalamualaikum. .

Hai, Sahabat blogger semua. . Kowang semua sehat x. ? Hope sehat walafiat erk. .
Okay, sekarang nie ramai sangat yang tengah HOT bercerita pasai HARGA MINYAK NAEK. . kan kan. ? Hurm tapi at blog sy nie, sy x nak cerita pasai tue. . Biaq pi la situ. . 2 lah, kalau nak dulu pangkah betul2, xder la kes sekarang nie. . ! 

Eh2 TERover plak nie. . Okay tutup kes k. . Kite berblogger nie bukan tukk berpolitikk. . Saya lah. . Orang laen, x taw lahh. . hehehe

Perasan tak. ? Tajukk nye cam pelikk jew. . hehehe. . Tp x pew, kite try geledah dulu apa yang menyebabkan tajukk tue berbunyi "Perasan tak?". .

Kite mulakan sekarang erk. . huhuhu :D

Perasan tak. ? Duit RM50 sangat besar nilainya jika dibawa derma ke kotak masjid, Tapi sangat kecil nilainya bila dibawa kew Star Hill, Mega Mall, n seangkatan dengannya. . 

Perasan tak. ? 30 Minit terasa begitu lama untuk berzikir , Tapi begitu pendek ketika menonton Drama2 di Televisyen. .

Perasan tak. ? Betapa lame nye 2 jam jika berada di Masjid, Tapi betapa cepatnye masa berlalu ketika menonton wayang di panggung. .

Perasan tak. ? Susah sungguh merungkai kata2 untuk dipanjatkan Doa ketika Solat, Tapi betapa mudahnya mencari bahan cerita untuk bersembang dengan kengkawan. .

Perasan tak. ? Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan Bola Sepak, Tapi betapa bosannya bila Imam solat teraweh lama dan bace surah panjang. .

Perasan tak. ? Susah sangat nak baca Al-Quran 1 juzuk saja, Tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah dalam sehari. .

Perasan tak. ? Orang berebut duduk depan ketika menonton perlawanan bola dan konsert, Tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya senang untuk keluar awal. .

Di persilakan SHARE sebagai renungan bersama. . 

Geledah di Sini dan Sini juga . .

Okay lah, salam buat pembaca. . :D






Wednesday 14 August 2013

DIA lebih mengetahui. .

Assalamualaikum. . 

Waaaa, happy nye menyambut bulan syawal nie. . Owhh sebelum terlupa, kita nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. . Jangan lupe dalam kita sebuk beraya, kita masih perlu menjaga kesihatan. . Okay. ? Jangan main terjah jew. . Jaga permakanan kita, supaya makin sehat bukannya makin sakit. . ! 

Nampak tajuk di atas. ? Opcoz la kan. . dah kate tajuk, semestilah i2 yang kita bace dulukan kan kan. . hehehe. . Kali nie just nak create bende yang simple tp mempunyai maksud tersendiri. . Jom Bace. . !

Begini :

Bayangkan, kita ada anak kecil. . Umurnya dalam lingkungan 4 tahun. . 
Satu hari, kita sekeluarga pergi berkelah tapi naseb tidak menyebelahi kita. .
Time tue, laut tengah bergelora. . 
Si anak yang nampak air, semesti nya nak bermain dengan airkan. ?
Dia merengek - rengek nak main dengan air masin tue ( laut ). .
Agak - agak kita bagi. ?
Sudah tentulah tidak, kan. . ?
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak. ?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan benarkan.
Walaupun, di mata anak, laut yang sedang bergelora itu "menyeronokkan"
Tapi kita lebih tahu. . Ia amat merbahaya untuk anak kita. .
Kita lebih tahu, Anak tidak tahu. .

Begitu juga kita dengan Alah. .
Kita "merengek" nakkan sesuatu. .
Tetapi Allah tak izinkan. .
Adakah Allah tak sayangkan kita. ?
Bahkan, kerana sayanglah, kemahuan kita tidak diturutkan. .
Malah diganti dengan yang lebih baik. .
Kerana apa yang kita mahukan itu,
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita. .
Tapi tidak pada pengetahuan Allah. .
Allah lebih tahu, Kita tidak tahu. .

Dan,
Kasih sayang Allah kepada kita, 
Jauh lebih besar
Dari kasih sayang ibu atau ayah, 
kepada anaknya . .

Okay, done. . Tamat lah cerita yang simple nie. . Menarik x. ? 
Harap2 ianya dapat memberi faedah kepada pembaca. . :D
Dah bace, jangan lupe klik follow k. . :)
Jom ke sini . . Singgah di sini juga . . Mohon like. . :)


Tuesday 30 July 2013

SIMPTOM - SIMPTOM AWAL TERKENA GANGGUAN SYAITAN. .

Fuhhhh berhabukk gile blog nie. . Bukan setakat berhabukk tp dah macam rumah peninggalan jew. . Almaklum lah , bz sangat sejak kebelakangan nie. . Ok kali nie, x mou bebel panjang2 nanti u all bosan. . hahahaha :D

Macam tajukk dekat atas 2, saya akan senaraikan simptom2 awal gangguan syaitan. . Mungkin ramai yang dah taw, tp saya dengan besar hati ingin berkongsi dengan apa yang saya taw. . Saya berbaca di FB, sebaek nya biar lah saya panjangkan lagi pengetahuan ini tukk owg ramai. .

Okay, ini dye senarai simptom2 nya :

01) Sakit kepala selepas waktu Asar ke atas. .
02) Badan terasa berat dan malas. .
03) Sukar mendapat jodoh. . (Bahaya nie. . hehe)
04) Badan terasa bisa - bisa. .
05) Sakitketika menziarah orang meninggal. .
06) Sukar tidur malam. .
07) Sakit pinggang tanpa sebab. .
08) Sakit dada apabila waktu Asar ke atas. .
09) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya. .
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. .
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi. .
12) Bermimpi berada di tempat yang kotor. .
13) Sakit anggota badan yang tertentu seperti kaki selepas waktu Asar. .
14) Ada terasa benda bergerak - gerak di bawah kulit. .
15) Bayi kerap menangis. .
16) Bunyi guli jatuh di atas syiling. .
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. .
18) Sayang melampau - lampau pada orang yang baru dikenali. .
19) Malas beribadat. .
20) Nyanyuk ketika usia lanjut. .
21) Panas baran
22) Sikap berubah secara mendadak. .
23) Gelisah dan panas di tengkuk bila mendengar Al-Quran. .
24) Suka melakukan tabiat buruk. .
25) Kerap sendawa bila mendengar ayat Al-Quran. .
26) Kerap keguguran. .
27) Gagal melakukan hubungan kelamin. .
28) Mengantuk bila mendengar ayat Al-Quran. .
29) Bermimpi seram yang menakutkan. .
30) Darah haid turun lebih 15 hari. .
31) Batuk yang berpanjangan. .
32) Selalu ditindih ketika tidur. .
33) Kuat berangan. .
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. .
35) Nafsu seksual yang melampau. .
36) Selalu melihat kelibat dirumah. .
37) Terasa diri selalu di perhatikan. .
38) Mandul. .
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan. .
40) Melihat jin secara terus. .
41) Sakit mental atau gila. .

Amalkan zikir di bawah ini 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan. . InsyaAllah diri akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang. .

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, 
LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, 
WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. .
Maksudnya :
Tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu - satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya lah segala puji, dan DIA adalah maha berkuasa atas segala sesuatu. . Amin. .

Jemput jelajah 1 blog lagi. . http://empatsahabat1992.blogspot.com/ 


Saturday 9 March 2013

SiApA YaNg MeNaNgGuNg DoSa SeOrAnG WaNiTa. . ?


ASSALAMUALAIKUM. . 


Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat TIDAK hanya di tanggung oleh dirinya sendiri sahaja. . tetapi beliau turut mengheret puluhan orang yang di sayanginya untuk menangggung dosanya bersama. . 


Mungkin ramai yang pernah mendengar wanita berkata seperti ini : "Aku x tutup aurat aku punya pasallah. . bukannya aku menyusahkan kowang pun!" Bongkak an jika perempuan yang jenis nie. . !


Sebenarnya anda silap. . ! Dek kerana dirinya tidak menutup aurat dengan sempurna, beliau telah membuatkan orang2 yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. . (Kejam nye seorang perempuan itu jika dia tidak menutup aurat). . Siapakah orang yang akan bertanggungjawab atas perkara tersebut. ? Mereka ialah :

  1. Suaminya. .
  2. Ayahnya. .
  3. Saudara lelakinya. .
  4. Anak lelakinya. . 
Mungkin hanya selangkah sahaja lagi mereka akan ke syurga tetapi di sebabkan dosa oleh seorang wanita yang di tanggungjawabkan, mereka terpaksa mengundur langkah. . (Kejam x kowg rasa. ?). . Adakah ini yang mereka katakan tidak menyusahkan orang lain. ? Mari kite fikir sejenak. . ! Itu baru sebahagian. .

Mereka yang tersenarai di atas adalah orang yang perlu 'Bertanggungjawab', belum termasuk orang lain yang terlibat. . Nak tahu siapa yang terlibat. ? Mari kita tengok senarainya. .

Kawan : Kawan yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat, juga perlu menanggung dosa yang SAMA seperti wanita yang membuka aurat. . Kawan yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. . 

Sabda Rasulullah s.a.w : 
Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,
hendaklah mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangan. .
Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya. .
Jika masih tidak mampu ubahlah dengan hatinya (dengan membencinya),
yang sedemikian adalah selemah-lemah iman. . 

Jika tidak menegur, kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. . Bukankah hal ini menyusahkan orang lain. . ? ?

Orang yang melihat : Sesiapa saja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. . Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan wanita itu bertambah dosa BERLIPAT KALI ganda. . 

Jurugambar : Jurugambar yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah dosa. . Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya. . 

Penerbit surat khabar, majalah, blog, dan sebagainya : Mana2 saja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. . Tengok saja penulis blogg gosip, majalah, dan surat khabar dan sebagainya. . Semuanya dipenuhi dengan gambar2 wanita yang tidak menutu aurat. . Kesemua orang ini akan menanggung dosa disebabkan wanita yang tidak menutup aurat. .

Penjual / penyebar : Orang yang menjual majalah, gambar2 dan sesiapa saja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat, di mana2 network turut menanggung dosa. . Dalam islam, apa saja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan. .

Pembeli / pembaca : Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. . Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. . Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka. . 

Tak pasal-pasal dapat DOSA! ! !

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. . Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa perbuatan x menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain. ? ? Itu belum termasuk orang2 yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditangguang disebabkan sikap sombong dan bongkak seorang wanita yang tidak menutup aurat. . 

Nauzubillah. . 
Setelah bace, marilah kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan. ? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat. . Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. . InsyaAllah. . 

Via Ustaz Nasir. . 




P/S : Peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupe dan jugaq sahabat. .  =)

Wednesday 6 March 2013

Gandum dan Jerami. .

Assalamualaikum. .

Alhamdulillah, masih bernafas rupanya aku hari ini. . Allah masih memberikan aku udaranya untuk aku terus hidup di bumi yang fana ini. . Tak dapat di bayangkan, jika nyawa di angkat dari badan. . Dalam keadaan diri penuh dengan dosa. .  :'(  Kita hanya manusia yang tidak akan terlepas dari setiap titik dosa. . 

Mungkin kita tertanya tanya Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini. ? dan jawapan yang paling terbaek untuk kite fikirkan adalah "Kerana DOSAKU terlalu banyak, ALLAH masih izinkan (beri waktu) untuk aku bertaubat. . ."

Okay, kali nie aku nak ceritakan sikit tentang Gandum dan Jerami. . Mungkin ade sesiapa yang tahu pasai cerita nie tapi aku tetap nak citerr jugaq. . ! haha. . Teruskan membace k. . :)

Soalan : Kenapa terdapat sebahagian manusia itu kufur dan dimasukkan ke dalam neraka. . dan sebahagian lari beriman kemudian dimasukkan ke dalam syurga ? Sedangkan semua mereka itu adalah hamba2 Allah. . Dimanakah tanda keadilan Allah . ?

Soalan ini pernah ditanyakan oleh Nabi Musa as kepada Allah. . Namun pertanyaan itu bukan menunjukkan bahawa Baginda ragu terhadap keadilan Allah. . Tidak sama sekali. .Hadaf kepada soalan adalah untuk lebih ma'rifah (mengenal) kpada Allah & menenangkan jiwa Baginda sendiri. .

  • Allah Yang Maha Bijaksana tidak terus memberikan jawapan bahkan mengarahkan Nabi Musa as agar menanam gandum. . Maka Nabi Musa menjalankan perintah Allah itu. .
  • Di mulakan dengan membajak hingga menuai. . Setelah dituai, gandumnya disimpan & jeraminya dibakar. . 
  • Lalu Allah berkata : Wahai Musa, kenapa gandum engkau simpan & jerami pula engkau bakar. . ? Bukankah kedua2 nya itu milikmu. . ? Di manakah keadilanmu wahai Musa. . ?
  • Dengan pertanyaan Allah itu, maka Nabi Musa pun fahamlah bahawa gandum & jerami itu miliknya. . Sudah tentu Baginda berhak lakukan apa saja pada apa yang dimilikinya. . Baginda juga tahu baik buruk pada barang milikannya itu. . 
Inilah jawapan kepada soalan di atas. . Allah berhak lakukan apa sahaja & DIA Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Beruntunglahyang menjadi gandum & sengsaralah yang menjadi jerami. . Inilah hakikat yang kita tidak tahu dan tidak boleh kaji. .

Namun ingat ! Pada "syariat" nya gandum & jerami itu dari benih yang satu. . Benih yang suci. . Boleh dicorakkan samada mahu menjadi gandum atau mahu menjadi jerami. . 

"Menjadi JERAMI bermakna ia tidak berusaha & tidak memilih untuk menjadi GANDUM". . Nauzubillahi min zalik. . .

# Kita diberi pilihan oleh Allah untuk memilih samada mahu menjadi seperti gandum atau jerami. .  Dan Allah juga sentiasa memberi ruang & peluang untuk kita berubah ke arah kebaikan. .  



#MUHASABAH DIRI#


Monday 25 February 2013

KeNaPa BuKaN DaRi TeKo SaHaJa. . ?

Assalamualaikum. .

Okay kali nie saya nak cerita tentang Teko pulak. . Kalo entry sebelum nie saya cerita tentang pinggan tp kali nie pasai teko. . 2 bende yang berkait bukan. ? Ehh saya nie maen terjah jew an. . naseb baek salam sempat saya bagi. . ishh dengan tak tanye kabo kowang semua nye. . Tak pe lah ea. . saya sentiasa doa an kowang semua berada dalam keadaan yang sehat walafiat. . In Shaa Allah. .  :)

Saya terus kepada tajuk la ea. . Malas nak meleret panjang yang tah apa2 nie an. . huhu. . Cerita nye begini. . Jeng, jeng, jeng. . . . 

Seorang anak muda mengadap seorang ulama tua di rumah. . Dengan niat untuk muzakarah tentang isu yang sudah lama bermain di dalam fikirannya itu. . Lalu terjadilah perbualan antara mereka. . 

Anak Muda : Tuan Guru, saya ada satu soalan yang sudah lama saya ingin bertanya pada tuan guru. .

Ulama : Silakan. . ( Sambil senyum manis yang menjadikan orang ramai senang dengan nya). .

Anak Muda : Begini, Kenapa kita perlu ikut ulama. ? Maksud saya kenapa setiap kali cakap, di sebutkan ; "Telah berkata Imam Syafie, telah berkata Imam Ramli, telah berkata Imam Fakrurazi, Telah berkata Imam -Bukhari. . . Kenapa tidak disandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah sahaja. . Itukan yang sepatutnya . . Kan indah, kalau kita dengar begini ucapannya : telah berfirman Allah, telah bersabda Rasulullah, sekian, sekian, sekian. . Begitukan lagi indah, terus disandarkan kepada sumber besar. .

Ulama : Sebelum saya menjawab soalan tersebut, dijemput minum dulu. . 3 perkara yang perlu disegerakan ; Tetamu (layanan-makan & minum), Lamaran (kahwin), dan Mati (pengurusan jenazah & pengebumian). . .

Lalu dihidangkan Air teh bertantang talam bertemankan teko. . Anak muda tersebut menuangkan air tersebut ke dalam cawan. . Lalu ulama tersebut menegur anak muda tersebut. . 

Ulama : Kejap, kejap. . Kenapa tidak minum saja dari teko tersebut. ? Kan bagus minum dari teko ? Kenapa masih nak gunakan cawan. ?

Anak Muda : Eehhh, mana boleh tuan guru. . Susah minum dari teko, teko tue kan banyak air. . Meti kena tuang dalam cawan. . Kan mudah untuk minum. .

Ulama : Begitu juga dengan persoalan kamu sebentar tadi itu. . Ulama itu rahmat dari Allah untuk memudahkan urusan umat. . Susah umat jika untuk memahami Al-Quran dan As-Sunnah begitu sahaja tanpa bimbingan ulama. . Umat cume perlu ikut sahaja apa yang ulama sudah susunkan. . 



P/s : Harap kowang semua faham ea. . 

Credit : Mohd Amin Suhaimi. .

Wednesday 20 February 2013

KITA ibarat PINGGAN. .

Assalamualaikum. .

Ehhhh jemput masuk, jemput masuk semuanya. . jangan malu, jangan segan, jangan silu. . masuk jew semua nya. . Maaaf laa rumah berhabuk cikit nie. . x sempat nak kemas apa yang patut. . hahhh masukk la, buat macam rumah orang ea. . hahahaha. . dah macam rumah terbuka plak an. . iissshhh ape yangg saya dok merepekkk nie. ? maafff kan saya. . hehehehe

Okay, kali nie cikgu x nak mengajar tapi nak ceritakan tentang diri kita nie ibarat pinggan. . hah semua tahukan pinggan tue apa. ? tak an tak tahukan. ? hari2 kowg semua makan gune pinggan an. . ade kew yang gune daun pisang. .? hehehe. . cikgu guraw jew ea adik2, kakaq2, abang2. . 

Ceritanya bermula begini. . . . jeng jeng jenggggg. . .  hahaha. . okay2, focus2. . huhuhu
Andaikan 3 individu A, B, C meminjam sebijik pinggan daripada kita. . Selang beberapa tempoh masa, individu A, memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang bersih, cantik dan tanpa sebarang kecacatan. . dye pulang seperti mana kita berikan kepadanya. . Lalu kita pun ambek dan terus meletakkannya di rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya. . 

Individu B pula, memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang masih kotor, tidak berbasuh. . Sudah tentu kita akan membasuh pinngan tersebut sehingga bersih. . Kemudian barulah ianya di letakkan di tempat yang sepatutnya. .

Individu C pula, memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. . Tidak boleh di bezakan lagi bentuknya. Antara pinggan mahupun serpihan kaca. . Tiada nilainya lagi. . Kita tiada pilihan laen, selain daripada membuangnya ke dalam tong sampah yang hina. .

Begitu jugalah halnya dengan Allah Taala. . Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang bersih, cantik, dan elok tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat selayaknya bagi kita. . iaitu Syurga. . 

Namun jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan "basuh" kita sebersih bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga. . 

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat di bezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahanam yang hina buat selama-lamanya. . Ibarat pinggan yang pecah, tiada nilai lagi. . 



# Saya, anda, dan kita semua pernah melakukan dosa. . Tiada siapa yang sempurna. . Jalan terbaek melepaskan belenggu DOSA sendiri adalah dengan bertaubat. . Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun. . #

Saturday 9 February 2013

7 Benda Ajaib di Dunia. .

Assalamualaikum sahabat2 semua. . 

kowang semua sehat. .? Alhamdulillah kalau kowang semua sehat. . tetapi kepada yang sakit, tahniah ea. . hah tahniah. ? kejam nye saya nie. ? Ya Allah, saya boleh ucapkan tahniah untuk kowang yang sakit. . kejam an saya nie. . Okay2 jangan lah cakap saya cam tue. . sedey aw hati nie. . saya ucap tahniah coz anda terpilih. . Terpilih apa pulak dah nie. ? Sabau lahhhh. .  

"Allah tidak akan menguji seseorang melainkan (sesuai) apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. . " (surah At-Talaq ayat 7)

So, smile and make it trough. . I'Allah, Allah sentiasa bersama kita. . sunggug islam itu mudah, simple, dan indah. . Lagi pun sakit tue an menghapus dosa. . beruntung aw kepada mereka2 yang sedang menahan kesakitan coz dosa2 kecil kereka akan terhapus. . Begitu sayang nya Allah kepada kita an. . So, x mou marahkan saya lagi. . bukannya saya suka2 nak ckp tahniah. . ade sebabkan. ? hehee
  
Okay, berbalik pada tajuk asal kita. . kowg semua tahu x 7 benda ajaib di dunia. ? mesty ramai yang dah tahu an. . tp saya tetap nak bagitahu jugaq apa benda yang 7 tue. . 

 Piramid, Mexico
 Patung Besar Christ, Brasil
 Collesium, Italy
 Machu Picchu Peru
 Tembok Besar China
Bangunan Petra, Jordan
Taj Mahal

Hah nie 7 bende ajaib di dunia. . tetapi bagi saya ada satu benda yang unik, ajaib dan teguh. .kowang semua nak tahu x. ? heheh. .  tertanye tanye ea, ? saje jew saya buat kowg semua tertanye tanye. . huhuhu. . okay2. . sambung bace k. . jangan lah merajuk. . huhuhu.  . Maksud saya ialah HATI MANUSIA. . sebab hati manusia nie orang tak nampak. . tapi boleh rasa. . kalau hati menangis, tak der sape yang dengar. . dalam hati ada macam2 rasa. . Marah, Geram, Kecewa, Gembira, dan macam2 lagi.  . Allah cipta hati manusia nie sama tapi tak serupa. . benda2 yang manusia cipta tue bukannya Ajaib bagi saya. . Itu cuma tinggalan sejarah lama yang menjadikan sejarah, kenangan, and what ever lah. . huhuhu. . bagi saya Manusia hari ini, Boleh buat bende2 yang serupa dengan bende2 tue semua. . Tapi, x der sape pun yang mampu cipta hati manusia. . Are agree with me. ? hahaha. . itu pe yang saya kata lah. . terpulang pada yang laen. . huhuhu


#Saya bangga dengan jantung saya. . Walaupun ianya telah di sakiti, di lukai, di tikam, di tipu, dan di permainkan tetapi ianya masih kuat berdenyut untuk meneruskan hidup. . #

Monday 4 February 2013

10 Orang yang Mendapat Doa Malaikat. .


Assalamualaikum kepada pada pembaca semua. . Selamat malam jugaq saya ucap an pada u all semua. . Amacam kowg semua hari nie. . ? Sehat x. . ? Harap2 kowg semua sehat di samping orang tersayang. . Eh jangan silap2 aw. . di samping orang tersayang x semesti nye seorang kekasih. . Ramaikan orang yang kita sayang dalam kehidupan nie. . Contoh nya. ? Lah itu pun nak kena bagitahu kew. .? Malu la saya. . X mau la (mengada nya). .  hahaha. .  Eh2 silap, x malu pun . . Orang yang kita sayang. ? Family, kawan-kawan, sedara seislam, yang bukan islam, dan ramai lagi orang yang kita sayang dalam sebuah kehidupan kita nie an.  ? So bersyukurlah jika kita masih mempunyai orang yang kita sayang nie. . Hargai mereka sebelum terlambat. . Ya Allah, ape yang aku sedang merepekkkk nie. . Dah lari tajuk nie. . Maafkan saya wahai pembaca, wahai puteri, putera sekalian. . hehehe :)

Berbalik pada tajuk di atas. . Kowang tahu bace an. .? hahaha . . sorry2. . saja nak menyakat kowg. . huhu. . hurm ok, kali nie saya nak conteng tentang yang simple2 jew. . mungkin ramai yang dah tahu, atau mungkin dah penah bace. . tp saya x kesah, saya tetap nak tulis jugaq. . ok tq!

Orang yang pertama :
Ialah orang yang tidur dalam keadaan bersuci. .

Orang yang ke-2 pula :
Ialah orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. .

Yang ke-3 pula
Orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah. . (cepat2 la wahai kawan2 semua untuk merebut saf yang di hadapan) 

Ke-4 :
Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)

Ke-5 pulak
Orang yang masih duduk di tempat solatnya selepas menunaikan solat. . 

Ke-6 sekanrang nie :
Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah. . (di sebabkan pada ketika ini kita dalam keadaan yang mengantuk, bz, malas dan semuanya lah)

Ke-7 baru. Teruskan membaca k :
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang di doakan. .

Ke-8. sikit lagi nak abes :
Orang yang memberlanjakan hartanya pada jalan Allah (Infak). .

Ke-9. Relex lagi satu jew nie :
Orang yang sedang makan sahur. .

Ke-10. . fuhh yang terakhir :
Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang yang sakit. . 

Waaa dah abes da. . Simple an post kali nie. . maaf lah x taw nak post ape skng nie. . nie jew yang mampu tuk post. . huhuhu. . harap ianya bermanfaat dan moge u all semua terhibur. .  :)

Gambar hanya sekadar hiasan. . 


Monday 28 January 2013

SaNg HaRiMaU & SaNg BuAyA (KeHiDuPaN)

Assalamualaikum. .

oo hoooiiiiii. . .  ul la la. .
hi u all. .  Kali nie saya nak bercerita pulak.  . kowg sume emang suke dengar or  bace cerita an an an. . ?
hah kowg bace aw. .  create khas untuk kowg. .   :)

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergi berjalan-jalan di tepi hutan. . Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tetibe dia terdengar satu bunyi. . .  bunyi tersebut seperti ini. .  Aaaauuuuuummmm ! ! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya sahaja.  .

So, si hamba Allah ni pun berlari untuk menyelamatkan dirinya. . Harimau Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia di selamatkan daripada di baham dek harimau tadi. . Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. . .

So, untuk menyelamatkan diri di hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi tersebut. Perigi itu ada tali dan sebuah timba. . Si hamba Allah ni bergayut pada tali itu. . Tali itu pendek jew. . Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. . Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, tetiba dengar kocakan air di bawah perigi. . Aaaaaaaa . . ! ! Ya Allah. . Lagilah seram dibuatnya. .  Nak tahu ada apa kat bawah tue. . ? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan juga ( Dalam perigi ade buaya ea. . ? hentam jew la. . )

Apalah nasib. Dah jatuh di timpa tangga. Da selamat dari mulut harimau tapi kena berdepan dengan buaya pulak dah. . Nasib, nasib. . Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Perasaan ketika tu semua ada. . Resah, gelisah, takut, risau, menyesal dan semuanya lah bercampur menjadi satu. Tengah berfikir mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yang hamba Allah itu bergayut. . Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. . Cisss, Kurang ajar punya tikus. . Alahhhh. . . cam ner nie. . ? Pas tu, keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam. . Naik mengikut tali yang sama, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. . Tikus hitam tu pun gigit juga tali tu. . Ciissss, lagi satu. . Macam mana aku nak buat ni. . ? Habislah jadi mangsa buaya. . Berfikir lagi, Kalau naik kat atas makan dek rimau. . Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. . Macam mana nihh. . . Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba. . . terdengar satu bunyi . . bbbbzzzzzzzzz. . . Bunyi lebah bawa madu. . 

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang membawa madu itu. . Tetiba setitik madu tersebut terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah tu tadi. . Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. . Hamba Allah itu berkata, "Fuhhh manisnya madu nie, tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya, Subhanallah sungguh sedap nie. ."Kerana setitik madu, si hamba Allah tu lupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah. . . !

Kalau u all semua nak tahu, si hamba Allah itu adalah kita semua. . Harimau yang mengejar itu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. . 2 ekor buaya itu adalah malaikat Mungkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. . Tali yang sempat si hamba Allah bergayut tadi adalah jangka hayat kita. . Kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. . Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. . Kan tikus tue gigit tali tu. .

Madu. . . Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. . Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tue. . Macam kitalah, bila dapat nikmat sikit, lupa pada Allah yang memberikan nikmat tue. . Waktu susah barulah nak ingat Allah. . Astaghfirullah. . 

1 minit untuk mengingati Allah. . Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan :

* SUBHANALLAH
* ALHAMDULILLAH
*LAILAHAILLALLAH
*ALLAHUAKBAR
*ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
*LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMA SOLLI WA SALLIM WABARIK ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN

Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan. . Duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan seharian kita kerana melakukan segala yang diredhaiNya. . bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita kerjakan.

P/S : Jangan bangga dengan semua yang kita ada seperti PANGKAT, KEKAYAAN, dan segalanya kerana itu semua hanya sementara. .  yang hanya kekal ialah amalan kita. . 

#PesananKhasUntukDiriSendiriYangMudahLupaIni#


#Dunia Di Sorong Akhirat Tercicir Jangan#


Friday 18 January 2013

10 Golongan yg Di Usir dari Padang Masyar. .

One Two Three. . action!

Assalamualaikum ya akhti ya uhkti 2x
Assalamualaikum ya akhti ya uhkti 2x

Salam salam hai saudaraku
Semoga Allah merahmatimu
Salam salam wahai semua
Semoga hidup jadi bahagia. . .  . . 

tut tut tut tut. .  .


Wah wah wah.  . kemain lagi sahabat2 semua menyanyi lagu Opick tue ya. . 
Sedap suara sahabat2 semua. .  sorry la ggu sahabat2 semua. . line problem that why la sahabat2 semua kena behenti nyanyi. .   hehehe.  . Guraw jew ok. .  smile :)

Sahabat semua ada bace tak tajuk at atas tue. ? Bunyi dye macam seramkan. ? Takut saya jika saya dan anda semua tergolong dalam golongan tersebut.  . Ya Allah jauhkan kami semua dari golongan tersebut, Ya Allah. . Semoga kami sentiasa berada di jalanMu Ya Allah. .  Jauhkan kami dari mati dalam kesesatan. .  Amin.  .

Hai sahabat2 saya yang budiman.  . moge berada dalam keadaan yang sihat.  .
Kali nie saya nak bercerita tentang 10 Golongan yg di Usir dari Padang Masyar! ALLAHUAKBAR. . !

Pertama : Mereka di usir berupa KERA. . 

  • Mereka ini adalah manusia yang suka mengadu domba. . 

Ke-dua    : Mereka di usir berupa KHINZIR (BABI). . 
  • Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram. .

Ke-tiga    :  Mereka di halau dalam keadaan terbalik. Seperti kaki di atas dan kepala di bawah. .
  • Mereka adalah orang yang jenis suka berdusta.

Ke-empat : Mereka di halau dalam keadaan BISU dan PEKAK serta TIDAK BERAKAL. . 
  • Mereka tergolong dalam golongan orang yang riak, sombong, bangga diri dan lain2 yang same dengan maksud dengannya. .  

Ke-lima    : Mereka di halau dalam keadaan mengunyah LIDAH sendiri, sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya & dari mulutnya terkeluar nanah yang menjijikkan. . 
  • Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berbeza dengan perilakunya. .

Ke-enam : Mereka di halau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. .
  • Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur. .  

Ke-tujuh  : Mereka di halau dalam keadaan terpotong tangan & kakinya. . 
  • Mereka ini dari golongan orang - orang yang suka mengganggu jiran - jiran. .

Ke-lapan : Mereka di halau dalam keadaan yang BUTA. . 
  • Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.  .

Ke-sembilan : Mereka di halau dalam keadaan BUSUK. . Busuknya lebih busuk dari bau bangkai. . 
  • Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, tidak menjalankan kerja dakwah & sebagainya. . 

Ke-sepuluh : Mereka di kumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. . 
  • Mereka adalah golongan manusia yang syirik kepada Allah.  .


ALLAHUAKBAR. .  SUBHANALLAH. . 
Sedikit perkongsian untuk sahabat2 semua. . 
























#gambarhanyasekadarhiasansahaja#