Kata Hikmah

Kata Hikmah

Wednesday 6 March 2013

Gandum dan Jerami. .

Assalamualaikum. .

Alhamdulillah, masih bernafas rupanya aku hari ini. . Allah masih memberikan aku udaranya untuk aku terus hidup di bumi yang fana ini. . Tak dapat di bayangkan, jika nyawa di angkat dari badan. . Dalam keadaan diri penuh dengan dosa. .  :'(  Kita hanya manusia yang tidak akan terlepas dari setiap titik dosa. . 

Mungkin kita tertanya tanya Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini. ? dan jawapan yang paling terbaek untuk kite fikirkan adalah "Kerana DOSAKU terlalu banyak, ALLAH masih izinkan (beri waktu) untuk aku bertaubat. . ."

Okay, kali nie aku nak ceritakan sikit tentang Gandum dan Jerami. . Mungkin ade sesiapa yang tahu pasai cerita nie tapi aku tetap nak citerr jugaq. . ! haha. . Teruskan membace k. . :)

Soalan : Kenapa terdapat sebahagian manusia itu kufur dan dimasukkan ke dalam neraka. . dan sebahagian lari beriman kemudian dimasukkan ke dalam syurga ? Sedangkan semua mereka itu adalah hamba2 Allah. . Dimanakah tanda keadilan Allah . ?

Soalan ini pernah ditanyakan oleh Nabi Musa as kepada Allah. . Namun pertanyaan itu bukan menunjukkan bahawa Baginda ragu terhadap keadilan Allah. . Tidak sama sekali. .Hadaf kepada soalan adalah untuk lebih ma'rifah (mengenal) kpada Allah & menenangkan jiwa Baginda sendiri. .

  • Allah Yang Maha Bijaksana tidak terus memberikan jawapan bahkan mengarahkan Nabi Musa as agar menanam gandum. . Maka Nabi Musa menjalankan perintah Allah itu. .
  • Di mulakan dengan membajak hingga menuai. . Setelah dituai, gandumnya disimpan & jeraminya dibakar. . 
  • Lalu Allah berkata : Wahai Musa, kenapa gandum engkau simpan & jerami pula engkau bakar. . ? Bukankah kedua2 nya itu milikmu. . ? Di manakah keadilanmu wahai Musa. . ?
  • Dengan pertanyaan Allah itu, maka Nabi Musa pun fahamlah bahawa gandum & jerami itu miliknya. . Sudah tentu Baginda berhak lakukan apa saja pada apa yang dimilikinya. . Baginda juga tahu baik buruk pada barang milikannya itu. . 
Inilah jawapan kepada soalan di atas. . Allah berhak lakukan apa sahaja & DIA Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Beruntunglahyang menjadi gandum & sengsaralah yang menjadi jerami. . Inilah hakikat yang kita tidak tahu dan tidak boleh kaji. .

Namun ingat ! Pada "syariat" nya gandum & jerami itu dari benih yang satu. . Benih yang suci. . Boleh dicorakkan samada mahu menjadi gandum atau mahu menjadi jerami. . 

"Menjadi JERAMI bermakna ia tidak berusaha & tidak memilih untuk menjadi GANDUM". . Nauzubillahi min zalik. . .

# Kita diberi pilihan oleh Allah untuk memilih samada mahu menjadi seperti gandum atau jerami. .  Dan Allah juga sentiasa memberi ruang & peluang untuk kita berubah ke arah kebaikan. .  



#MUHASABAH DIRI#


4 comments:

  1. nice entry :)mcm peribahasa anak ibarat kain putih. tapi ubah sikit .diri sndiri yg kena pandai mencorakkanya :D heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..hurm ea la. . same peribahasa tue. . :)

      Delete

TQ 4 comment. . Jemput Datang lagi ea. . Datang, Jangan Tak Datang. . haha