Kata Hikmah

Kata Hikmah

Saturday 9 March 2013

SiApA YaNg MeNaNgGuNg DoSa SeOrAnG WaNiTa. . ?


ASSALAMUALAIKUM. . 


Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat TIDAK hanya di tanggung oleh dirinya sendiri sahaja. . tetapi beliau turut mengheret puluhan orang yang di sayanginya untuk menangggung dosanya bersama. . 


Mungkin ramai yang pernah mendengar wanita berkata seperti ini : "Aku x tutup aurat aku punya pasallah. . bukannya aku menyusahkan kowang pun!" Bongkak an jika perempuan yang jenis nie. . !


Sebenarnya anda silap. . ! Dek kerana dirinya tidak menutup aurat dengan sempurna, beliau telah membuatkan orang2 yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. . (Kejam nye seorang perempuan itu jika dia tidak menutup aurat). . Siapakah orang yang akan bertanggungjawab atas perkara tersebut. ? Mereka ialah :

  1. Suaminya. .
  2. Ayahnya. .
  3. Saudara lelakinya. .
  4. Anak lelakinya. . 
Mungkin hanya selangkah sahaja lagi mereka akan ke syurga tetapi di sebabkan dosa oleh seorang wanita yang di tanggungjawabkan, mereka terpaksa mengundur langkah. . (Kejam x kowg rasa. ?). . Adakah ini yang mereka katakan tidak menyusahkan orang lain. ? Mari kite fikir sejenak. . ! Itu baru sebahagian. .

Mereka yang tersenarai di atas adalah orang yang perlu 'Bertanggungjawab', belum termasuk orang lain yang terlibat. . Nak tahu siapa yang terlibat. ? Mari kita tengok senarainya. .

Kawan : Kawan yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat, juga perlu menanggung dosa yang SAMA seperti wanita yang membuka aurat. . Kawan yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. . 

Sabda Rasulullah s.a.w : 
Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,
hendaklah mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangan. .
Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya. .
Jika masih tidak mampu ubahlah dengan hatinya (dengan membencinya),
yang sedemikian adalah selemah-lemah iman. . 

Jika tidak menegur, kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. . Bukankah hal ini menyusahkan orang lain. . ? ?

Orang yang melihat : Sesiapa saja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. . Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan wanita itu bertambah dosa BERLIPAT KALI ganda. . 

Jurugambar : Jurugambar yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah dosa. . Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya. . 

Penerbit surat khabar, majalah, blog, dan sebagainya : Mana2 saja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. . Tengok saja penulis blogg gosip, majalah, dan surat khabar dan sebagainya. . Semuanya dipenuhi dengan gambar2 wanita yang tidak menutu aurat. . Kesemua orang ini akan menanggung dosa disebabkan wanita yang tidak menutup aurat. .

Penjual / penyebar : Orang yang menjual majalah, gambar2 dan sesiapa saja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat, di mana2 network turut menanggung dosa. . Dalam islam, apa saja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan. .

Pembeli / pembaca : Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. . Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. . Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka. . 

Tak pasal-pasal dapat DOSA! ! !

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. . Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa perbuatan x menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain. ? ? Itu belum termasuk orang2 yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditangguang disebabkan sikap sombong dan bongkak seorang wanita yang tidak menutup aurat. . 

Nauzubillah. . 
Setelah bace, marilah kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan. ? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat. . Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. . InsyaAllah. . 

Via Ustaz Nasir. . 




P/S : Peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupe dan jugaq sahabat. .  =)

2 comments:

  1. alhamdulillah..terima kasih di atas peringatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. . awakk saya cari blogg awak tp profile not available la.. awak bagi link awaq. . :)

      Delete

TQ 4 comment. . Jemput Datang lagi ea. . Datang, Jangan Tak Datang. . haha