Kata Hikmah

Kata Hikmah

Monday 25 February 2013

KeNaPa BuKaN DaRi TeKo SaHaJa. . ?

Assalamualaikum. .

Okay kali nie saya nak cerita tentang Teko pulak. . Kalo entry sebelum nie saya cerita tentang pinggan tp kali nie pasai teko. . 2 bende yang berkait bukan. ? Ehh saya nie maen terjah jew an. . naseb baek salam sempat saya bagi. . ishh dengan tak tanye kabo kowang semua nye. . Tak pe lah ea. . saya sentiasa doa an kowang semua berada dalam keadaan yang sehat walafiat. . In Shaa Allah. .  :)

Saya terus kepada tajuk la ea. . Malas nak meleret panjang yang tah apa2 nie an. . huhu. . Cerita nye begini. . Jeng, jeng, jeng. . . . 

Seorang anak muda mengadap seorang ulama tua di rumah. . Dengan niat untuk muzakarah tentang isu yang sudah lama bermain di dalam fikirannya itu. . Lalu terjadilah perbualan antara mereka. . 

Anak Muda : Tuan Guru, saya ada satu soalan yang sudah lama saya ingin bertanya pada tuan guru. .

Ulama : Silakan. . ( Sambil senyum manis yang menjadikan orang ramai senang dengan nya). .

Anak Muda : Begini, Kenapa kita perlu ikut ulama. ? Maksud saya kenapa setiap kali cakap, di sebutkan ; "Telah berkata Imam Syafie, telah berkata Imam Ramli, telah berkata Imam Fakrurazi, Telah berkata Imam -Bukhari. . . Kenapa tidak disandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah sahaja. . Itukan yang sepatutnya . . Kan indah, kalau kita dengar begini ucapannya : telah berfirman Allah, telah bersabda Rasulullah, sekian, sekian, sekian. . Begitukan lagi indah, terus disandarkan kepada sumber besar. .

Ulama : Sebelum saya menjawab soalan tersebut, dijemput minum dulu. . 3 perkara yang perlu disegerakan ; Tetamu (layanan-makan & minum), Lamaran (kahwin), dan Mati (pengurusan jenazah & pengebumian). . .

Lalu dihidangkan Air teh bertantang talam bertemankan teko. . Anak muda tersebut menuangkan air tersebut ke dalam cawan. . Lalu ulama tersebut menegur anak muda tersebut. . 

Ulama : Kejap, kejap. . Kenapa tidak minum saja dari teko tersebut. ? Kan bagus minum dari teko ? Kenapa masih nak gunakan cawan. ?

Anak Muda : Eehhh, mana boleh tuan guru. . Susah minum dari teko, teko tue kan banyak air. . Meti kena tuang dalam cawan. . Kan mudah untuk minum. .

Ulama : Begitu juga dengan persoalan kamu sebentar tadi itu. . Ulama itu rahmat dari Allah untuk memudahkan urusan umat. . Susah umat jika untuk memahami Al-Quran dan As-Sunnah begitu sahaja tanpa bimbingan ulama. . Umat cume perlu ikut sahaja apa yang ulama sudah susunkan. . 



P/s : Harap kowang semua faham ea. . 

Credit : Mohd Amin Suhaimi. .

No comments:

Post a Comment

TQ 4 comment. . Jemput Datang lagi ea. . Datang, Jangan Tak Datang. . haha