Kata Hikmah

Kata Hikmah

Friday 11 October 2013

Rasulullah Menangis di Padang Masyar. .

Assalamualaikum. . 

Hi Sahabat Bloger. . ! Ape habaq semua nye. ? Moge sehat selalu yaaa. . 
Jom kite berselawat kejap. . Mengingati Rasulullah. . :D

"ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD"
"ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD"
"ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD"

Hari ini hari Jumaat, penghulu bagi segala hari. . Nabi saw menggalakkan kita memperbanyakkan berselawat apabila bertemu dengan hari jumaat. . 
Seperti hadis dari Anas, kata Nabi saw : "Perbanyakkanlah oleh kamu selawat pada hari Jumaat dan Malam Jumaat. . "  (Hadis Hasan, Riwayat Imam Baihaqi, 3/249)

Cintailah Rasulullah, kerana Baginda sangat menyayangi kita. .
Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda : "Orang pertama di bangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. . Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. . Israfil datang membawa bendera dan mahkota. . Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga. .

Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. . Maka, kubur terbelah dua. . Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. . Pada seruan ketiga, Ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan & kiri. . Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. . Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. .

Baginda SAW bersabda : "Kekasihku Jibril ! Gembirakanlah aku. !"
Jibril as berkata : "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"
Baginda SAW bersabda : " Bukan seperti itu pertanyaanku."
Jibril as berkata : "Apakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpajak di atasmu?"
Baginda SAW bersabda : "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku betanya kepadamu akan UMATKU. Di mana perjanjian mereka?"
Baginda SAW bersabda : "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan syafaatkan UMATKU."
Jibril as menyeru : "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. . Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa 1 umat, baginda SAW akan bertanya : "Di mana UMATKU?"
Jibril as berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila Nabi Isa as datang , Jibril as menyeru : "Tempatmu !" Maka Nabi Isa & Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata : "Mengapa kamu berdua menangis."
Jibril as berkata : "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya : "Di mana UMATKU?"
Jibril as berkata : "Mereka semua telah datang. . Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya : "Wahai Jibril ! Bagaimana keadaan UMATKU yang berbuat dosa?"
Jibril as berkata : "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW !"
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di belakang mereka sambil menyeru : "Wahai Muhammad !"
Nabi Muhammad SAW bersabda : "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. . Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi : "Di mana umat Muhammad SAW?" 
Jibril as berkata : "Mereka adalah sebaik umat."
Allah Taala berfirman : "Wahai Jibril ! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata : "Wahai Muhammad ! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata : :Sesungguhnya kamu telah dipaggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."
Allah Taala berfirman : "Hari ini , kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. . Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. . Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. ." 
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. . Nabi Muhammad SAW menyeru : "Tuhanku. . Penguasaku Penghuluku. . ! Aku tidak meminta untuk diriku. . Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMu !" 
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru : "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru : "Wahai Tuhanku. . Penguasaku dan Penghuluku ! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya ! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku ! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. . Meraka tidak akan sabar dengan penyeksaan. ."
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. . Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. . Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi UMATNYA. . Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. . 
Meraka berkata : "Maha Suci Allah ! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat keadaan umatnya. . 
Fatimah ra. bertanya : "Di mana aku hendak mendapatkanMu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"
Baginda SAW menjawab : "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum UMATKU. ." Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. . Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata : Ini umat Nabi Muhammad SAW. . Mereka telah sesat dari Nabi mereka. ." Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW. . Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad SAW. . "Ini umatmu, wahai Muhammad ! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala. ." 
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda : "Marilah kepadaku, wahai UMATKU ! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. . Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu. . ! " Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. . Ketika di sirat, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik : "Wahai Malik ! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi ! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu. ." Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. . Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. . 
Nabi Muhammad SAW berkata : "Tuhan ! Selamatkan mereka ! Tuhan ! Selamatkan mereka !

# Sayangnya Nabi kepada kita. . 

1 comment:

  1. Selain menyanyangi rasulullah , kita juga perlu sayangi diri sendiri supaya tak menyusahkan rasulullah di sana nanti ...

    ReplyDelete

TQ 4 comment. . Jemput Datang lagi ea. . Datang, Jangan Tak Datang. . haha