Kata Hikmah

Kata Hikmah

Wednesday 20 February 2013

KITA ibarat PINGGAN. .

Assalamualaikum. .

Ehhhh jemput masuk, jemput masuk semuanya. . jangan malu, jangan segan, jangan silu. . masuk jew semua nya. . Maaaf laa rumah berhabuk cikit nie. . x sempat nak kemas apa yang patut. . hahhh masukk la, buat macam rumah orang ea. . hahahaha. . dah macam rumah terbuka plak an. . iissshhh ape yangg saya dok merepekkk nie. ? maafff kan saya. . hehehehe

Okay, kali nie cikgu x nak mengajar tapi nak ceritakan tentang diri kita nie ibarat pinggan. . hah semua tahukan pinggan tue apa. ? tak an tak tahukan. ? hari2 kowg semua makan gune pinggan an. . ade kew yang gune daun pisang. .? hehehe. . cikgu guraw jew ea adik2, kakaq2, abang2. . 

Ceritanya bermula begini. . . . jeng jeng jenggggg. . .  hahaha. . okay2, focus2. . huhuhu
Andaikan 3 individu A, B, C meminjam sebijik pinggan daripada kita. . Selang beberapa tempoh masa, individu A, memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang bersih, cantik dan tanpa sebarang kecacatan. . dye pulang seperti mana kita berikan kepadanya. . Lalu kita pun ambek dan terus meletakkannya di rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya. . 

Individu B pula, memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang masih kotor, tidak berbasuh. . Sudah tentu kita akan membasuh pinngan tersebut sehingga bersih. . Kemudian barulah ianya di letakkan di tempat yang sepatutnya. .

Individu C pula, memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. . Tidak boleh di bezakan lagi bentuknya. Antara pinggan mahupun serpihan kaca. . Tiada nilainya lagi. . Kita tiada pilihan laen, selain daripada membuangnya ke dalam tong sampah yang hina. .

Begitu jugalah halnya dengan Allah Taala. . Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang bersih, cantik, dan elok tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat selayaknya bagi kita. . iaitu Syurga. . 

Namun jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan "basuh" kita sebersih bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga. . 

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat di bezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahanam yang hina buat selama-lamanya. . Ibarat pinggan yang pecah, tiada nilai lagi. . 



# Saya, anda, dan kita semua pernah melakukan dosa. . Tiada siapa yang sempurna. . Jalan terbaek melepaskan belenggu DOSA sendiri adalah dengan bertaubat. . Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun. . #

2 comments:

TQ 4 comment. . Jemput Datang lagi ea. . Datang, Jangan Tak Datang. . haha