Kata Hikmah

Kata Hikmah

Wednesday 17 October 2012

PoKoK SeMaLu vs WaNiTa. . .


ASSALAMUALAIKUM

HI, SAHABAT2 semua. . . dah pukul 2 pagi tapi mate nie tetap x ley nak lelap. . . nak buat ape ea time2 skng nie? nak makan dah pagi cngt, nak chat tp x der cpe ase nye nak layan, nak borak2 ngn member sebilik, dia dah tido. . . so wat can i do?? help me!! xpew la, saya nak conteng blog saya la skng nie. . . nak share sesuatu yang saya tahu dengan u all semua. . . sharing is caring right? cpe setuju, angkat tangan. . . huhu. . . kalau u all angkat pun ukn nye saya nmpak pun an. . . so x pe la, x yah angkat. . . just read my word. . . TQ. . .!! 


Nasihat bersama. . . 

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri kesayangan baginda, Saiditina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. . . 

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ, dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. . . 


Wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 perkara : 

PERTAMA, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). . . 

KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. . . 

KETIGA, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. . . 

Dan 

akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. . . 


Ingatlah wahai WANITA, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakaianmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak. . . 

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. . . 
Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim) 

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...(",) 

Sedikit perkongsian dari saya untuk semua. . . 

Sumber : Dari seorang Hamba Allah. . .  


No comments:

Post a Comment

TQ 4 comment. . Jemput Datang lagi ea. . Datang, Jangan Tak Datang. . haha