Kata Hikmah

Kata Hikmah

Monday 15 October 2012

Dialog antara MUSLIMAH dan PEREMPUAN. . .


Perempuan : Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga kew?

Muslimah   : Yang pasti tak tutup aurat, confirm masuk neraka. . .  J

Perempuan : Eemmm. . Tudung labuh pun macam baek cngat. . Buat dosa jugaq!

Muslimah   : Bila iblis x mahu ikut perintah Allah untk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan  perintah Allah itu. . . “Apahal plak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula di salahkan. Pakai tudung x semesti nya baek.

Perempuan : macam lah kau tue bagus cngat nak nasihatkan aku nie. . . entah2 kau tue dulu ag teruk dari aku. . . !!

Muslimah   : Tak tersabit bersalah. . . Dari Nabi, untuk seseorang yang islam bahkan baru masuk  islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. . . Selagi awak islam, dakwah itu wajib walaupun awak tak berapa betul. . Sekurang2 nya dah insaf dan bertaubat sekarang. . . Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk bertaubat. . . J

Perempuan : Kami memang sexsi tapi hati kami baek. . .!! x der la jahat. .

Muslimah   : Kiranya awak mendakwa diri awak mempunyai hati yang sudi, iman yang tinggi dan kononnya mampu menjamin maruah diri awak tanpa menutup aurat?

Perempuan : Pakai jarang or ketat ke itu hak kami. suka hati kamilah nak pakai macam mana pun. . .!! Kami x menyusahkan hidup orang laen. . . Kalau x suka jangan pandang. !

Muslimah   : Sebenarnya awak dah banyak menyusahkan orang laen. . . Ayah, Abang, Adik, Suami serta orang laen. . . Dengan menarik mereka ke neraka bersama awak hanya di sebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik awak. . . Itu yang awak kate x menyusahkan orang laen?

Perempuan : apa yang kami lakukan, antara kami dengan Allah. . . !

Muslimah   : Berani cakap di dunia. . . berani ke cakap macam itu dekat akhirat depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. . .

Perempuan : Bukan nya kami x nak tutup aurat tapi seru belum sampai lagi. . .

Muslimah   : Mati x mengenal usia tua atau muda. . . X takut ke mati dalam usia muda? X sempat nak bertaubat nanti. . .

Perempuan : Alaa, x kan lah nak buat perubahan secara drastic kot? Slow-slow lu. . .

Muslimah   : Boleh ke cakap at Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. . .  jangan ambek nyawa aku lagi. . . boley?

Perempuan : Aku x nafikan, tutup aurat tue bagus tapi kami x nak la hipokrit coz x ikhlas nak tutup aurat. . .

Muslimah   : Kalau macam itu, sememangnya awak hipokrit coz tidak ikhlas beragama Islam . . .

Perempuan : …………………………………

Muslimah   : Sekadar renungan bersama. . . J

Alhamdulillah masih bernafas rupa nya kita ini. Allah masih member kite peluang untuk berubah ke arah kebaikan. Segala nasihat adalah untuk peringatan pada diri sendiri.

“Selangkah anak perempuan keluar dari rumeh tanpa menutup aurat,
Maka selangkah juga ayahnya itu ke Neraka.
Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat,
Maka selangkah juga suaminya itu hampir ke Neraka.”

Ø     Wanita termahal di dunia,
Adalah Wanita yang Menjaga Imannya,
Di saat yang laen merebut Anugerah Dunia,
Dia sibuk mengejar Anugerah di Syurga. . . 

No comments:

Post a Comment

TQ 4 comment. . Jemput Datang lagi ea. . Datang, Jangan Tak Datang. . haha