Kata Hikmah

Kata Hikmah

Thursday, 15 November 2012

BeTuL KeW WaHai WaNiTa. . .!!!

Lame rasanya x conteng blog nie. .  okey x nak komen panjang. . nak terus kew tajuk yang sebenar. .  Betul kew. . . Wahai wanita. . . ? ?

Siapa kata jadi perempuan tue senang . .?
nak kena tutup sana, tutp sini. . .
Tengok budak laki, pakai baju pagoda pun orang x bising. . .
tapi perempuan. . ? Stoking pun kena pakai. . .!

Cuba suruh budaq laki jadi perempuan satu hari jew. . .
Konfem tak tahan bertutup semua. . .
tapi, perempuan COOL jerrr. . .
Tengah panas pun boleh pakai jubah, Hebatkan perempuan. . ?

"Setitik air peluh wanita yang kepanasan kerana bertudung demi menutupi auratnya,
ia dikira sebagai pahala. . . punyalah Allah menjaga wanita. . ."

Siapa kata jadi perempuan tue senang. . .?
tiap-tiao bulan mesti ada penyakit. . .
nak pergi class pun susah. . .
Cuba tengok budaq laki, selamber jerrr. . .
Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit. . .
tapi, perempuan hidup berpuluh-pulh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerrr. . .
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang tak perasaan yang dia sedang sakit. . .

Hebat kan perempuan. . .?

Siapa kata jadi perempuan tue senang. . .?

Hati mereka Allah jadikan lembut betul. . .

cepat jew sensitif. . .
Cuba tengok orang putus cinta. . . 
selalunya perempuan yang paling susah nak lupa. . .
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru. . .
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yang paling teruk menangis. . .?
Perempuan kan. . .? lelaki boleh gelak-gelak lagi. . .
Lembut tak lembut hati perempuan. . .
tapi dengan hati yang lembut tue perempuan dapat mengagumkan lelaki. . .

Hebat tak perempuan. . .?


Disebabkan susahnya nak jadi perempuan nie lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah. . .

Diorang cakap, Allah x adil. . . Kenapa Allah lebihkan lelaki. . .?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami. . .?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami. . .?
Padahal jadi perempuan tue sangatlah susah. . .
Bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, x susah macam nak jaga seorang anak perempuan. . .

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yang memberontak. . .

Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, "Lelaki x paysh tutup pun". . .
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki. . .
Mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati. . .

Kesian kan dekat perempuan. . .?


Disebabkan fikiran negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri. . .

Mereka buat macam itu coz mereka fikir Allah x adil. . .

Persoalannya sekarang. . .?


Betul kew Allah x adil dengan perempuan. . .?

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami. . .
TAPI, cuba ingat balik. . . syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa. . .? Ibunya bukan. . .?

Betul, isteri kena ikut cakap suami. . .

TAPI, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari ayahnya. . .
X adil lagikah Allah pada perempuan. . .?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tue sangat sayang kan kaum perempuan. . .

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya. . .

Kalau paling banyak dia ada pun 4 orang isteri sahaja. . .
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tue. . .
TAPI perempuan, jika di takdirkan ada 15 orang anak lelaki. . .
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tue. . .

MashaAllah, Hebatnya perempuan kan. . .?


Kenapa perempuan hebat. . .? Sebab kasih sayang Allah yang menjadikan mereka hebat. . .

Cuba dengar pula lagu2 yang dekat radio. . .
banyak lagu pasal perempuan kan. . .?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki. . .
Sayang x sayang Allah tue dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tue sekali dekat dunia. . .
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan. . .?

Perempuan masa kecil ibu bapa jaga. . .
Bila besar, berkahwin suami jaga. . .
punya Allah sayang pada perempuan hingga Allah x bagi mereka bersendirian. . .

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan. . .
Sampaikan di sebabkan susahnya menjadi perempuan ini,
Perempuan senang nak masuk syurga dan boleh memilih pintu yang mana mahu di masukinya. . .

HADIS :
" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana2 pintu yang dia sukai. . ."

(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan. . .?
Oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu. . .
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yang tidak berasas dekat Allah. . ?

Allah jadikan perempuan tue sebagai hiasan dunia. . . 
Bayangkan dunia yang besar nie, dunia yang cantik nie, perempuan jadi hiasan. . .
dan seindah- indah hiasan dunia tue adalah Wanita Solehah. . .
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan. . .?

Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. . . Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahnya. . . Pernahkah kau tahu betapa sedihnya Allah apabila melihat kaun wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana. . .

Wahai wanita, siapapun awak di masa lalu, itu x bermakna awak tidak berhak untuk menjadi seorang MUSLIMAH yang baik, disayangi dan di hormati. . . 
yang berlalu biarkan berlalu, hari ini dan seterusnya, buktikan awak boleh jadi yang terbaik. . .

YA ALLAH !!
Kau ampunkanlah dosa2 kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah IMAN kami. . .